Tuesday, December 22, 2009

demam denggi.OMG!


Pagi tadi aku kOl umi. Terkejut tahap babas bile umi cakap zery kena demam denggi. I just can said,OMG!!huhu.
Zery sekarang dalam wad. Kena masukkan air dalam badan. 10 bOtOl!!waaa. Kesian adikku. :(
TOk mek pOn sekarang dalam wad. Demam gak.huhu~
Ayah Man pOn demam. Abe cakap nak makan pOn sampai terketar-ketar.
Dan ari nih, umi lak demam!! Da g jumpe dOc n dOc cakap, lau xsemb
uh until friday, umi pOn kena masuk wad. Kena msukkan air dalam badan!!

Ya Allah, what's wrOng wif my family.
Dugaan apakah ini ya Allah? :(

Dan aku masih di dalam dilema nk balek ke tak.
Oohhh, camne nih?
Nak balek, tapi....... ;((

Ni ade serba sedikit tentang demam denggi.haishhh. Damn!



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


TANDA-TANDA DENGGI

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah

RAWATAN

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.


PENCEGAHAN

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.


p/s : SemOga familyku cepat sembuh.

Damn miss them! :(

No comments:

Post a Comment