Friday, April 22, 2011

cute raincloud Pictures, Images and PhotosDeep inside me.

Assalamualaikum :)



Here comes another weekend.Alahai,cepatnya masa berlalu kan.Dalam sedar tak sedar jea semua nih.Aku rasa macam baru jea aku duk pung pang pung pang dekat Dewan MBSA Shah Alam weekend lepas mengalunkan koir.Tapi sekarang dah weekend baru.Heee.

Esok Sabtu,orang laen amek keputusan nak bergelumang dengan selimut bagai,tapi aku?Amek keputusan untuk bekerja.Insyaallah.Biar pun kerja sendiri dah macam banyak dah settle tapi nak jugak kerja.Ala,nak tolong tolong kawan jea pun.Tak salah kan.Lagipun dari duduk umah sambil menongkat dagu sahaja lebih elok rasanya aku pegi tolong kawan.Haaa macam baek kan?HAHAHAHA.

Anyway,ada benda pagi tadi yang buat aku tersenyum tersipu sipu.Malu la kononnya.Tapi sebenarnya tak sangka.Eh,nak ulang boleh?Tak sangka.HAHA :)



I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss



Dan kau.Aku cuma nak tanya.Kau rasa tak apa yang aku rasa?



notahati; I miss Boboy, Erika and Mikhaiel.Yes dear, i miss them.





Sunday, April 17, 2011

cute raincloud Pictures, Images and PhotosRindu awak.Mikhaiel!

Assalamualaikum :)


Minggu buat-buat busy dah lepas.Esok dan minggu-minggu seterusnya pasti dah tak semeriah dan sehappy minggu lepas.Wah,sangat tak best walaupun tak melaluinya lagi.Tapi takpe,tunggu masa jea nih nak bersorak riang untuk pulang ke rumahku syurgaku dengan hati yang girang.2 weeks more.Anyway Mikhaiel,auntie miss you a lot!Tak sabar nak peluk cium kaw-kaw.Hari tuh tak lepas geram sangat sebab Mikhaiel still kecik.Auntie tak confident nak pegang pun T__T Nanti tunggulah,Mikhaiel dah besar sikit,memang kemek Mikhaiel auntie pelok.Heeee :)


Okey,sebenarnya tengah sakit kepala yang amat nih.Semalam kena hujan.Actually memang sengaja nak maen hujan.Gedik sangat,nih lah padahnya.Ntah,sekarang rasanya hujan jea kawan baik aku.Waktu happy ke waktu sedih ke,still nakkan hujan jugak.Paham?Takkan.Takpe,memang tak nak bagi paham pun.Biarkan,tak penting pun aku nih.Seperti biasa.Eh,mintak mintak esok tak demam.Tak nak sia siakan satu MC.Kan nak jadi pekerja contoh.HAHA


Ni Mikhaiel sayang.Mikhaiel,say HYE to everyone yawwww! :D


A month passing with the memories.And i guess i will never forget all that.Tomorrow,18th.Hati ini tak pernah lupa. :|




notahati;Kalau betol bukan takdirnya untuk aku,maybe i should learn the art of letting go.Kan?HAHA




Thursday, April 7, 2011

cute raincloud Pictures, Images and PhotosAUNTIE TEMTEM? :D

Assalamualaikum :)


Pagi tadi baru jea seminit dua duduk atas kerusi kat meja opis terus dapat call dari customer.Eaaa menyampah kau tahu tak?Kau bayangkankan eh camne perasaan kau bila baru jea rasa nak feeling feeling hirup suasana aircond kat opis pastu tiba-tiba blackout berlaku.Haaa macam tuh tak beragak.Siap bontot sejuk beku lagi tau.Huh.Pastu boleh pulak pagi-pagi lagi customer tuh marah-marah kau.Dengan alasan yang entah pape.Eaaaa menyampah kuasa 2.Dah tuh perlu ke mention kau tuh DR?Perlu ke?Ape sebab kau nak perlu mention tuh?Sebab kau belaja tinggi?Eh,belaja tinggi pun kalau adab takde,memang 0 ah kau.Setakat DR tapi bill RM373 pun kau nak berkira baek tak payah.KEDEKUT TAEK HIDUNG MASIN.Bukan susah pun bayar,DAH KAU JUGAK YANG GUNA KAN?Pergh pagi-pagi dah rasa maybe hari ini hari "BAD DAY" aku.Fuh,sabar jea laa.


Dah siap lunch sume,mood pun dah stabil camtu,masuk kedai stationary nak beli pen.Dah nak beli pen mesti ah try n error dulu kan kot kot takde dakwat kang tak pasal pasal buang jea dalam tong.Eh masa try n error boleh pulak pen satu tuh buat hal.Keluar dia punya dakwat.Bocorr agaknya.Eaaaaa menyampah.Habes kuku dan telapak tangan aku kotor-kotor kena dakwat pen.Eaaa menyampah dah la banyak.Tompok tompok lak tuh dan niat nak beli pen terus hilang entah ke mana sebab terlalu menyampah.Nak hilangkan satu hal.Eaaaa menyampah kuasa 14 malas nak cita dah.Memang dalam hati hari ini maybe hari "BAD DAY" aku.Fuh,sabar lagi.


Balik jea ofis,tiba-tiba satu berita gumbira datang hinggap.At last!I was like sooooooo happy.Excited gila.Guess wat?7 APRIL 2011;I'M OFFICIALLY AN AUNTIE.Auntie Temtem maybe?HAHAHA.Kakak aku dah selamat melahirkan.Eaaaa dan masa tuh jugaklah segala tension tension aku, mood-mood yang tak stabil aku tadi hilang.Thank you ALLAH.Dan masa tuh jugaklah aku rasa,eh bukan BAD DAY sangatpun.Eh eh.hehe.So,masa dah tiba nak bershopping.Dan tentunya shopping shopping tuh suma bukan untuk aku.sobsob.Tapi untuk the newborn!heee aku pulak yang terlebey :)



Oh btw,aku dapat anak saudara lelaki.Aku memang suka ah baby laki.Nak nak yang first.Kalau aku kawen pun kalau boleh aku nak anak aku laki ah yang first!Hehe.Tapi Allah yang tentukan semuanya kan?Terima ajelah mana mana pun.Yang penting baby sehat.heee dah gatai :)





notahati ;Otak,jantung,hempedu,pankreas,limpa,hati semua dah menggelupur nak balik Kelantan nih.Huhu.Cepatlah waktu.I'm counting you :|

Tuesday, April 5, 2011

cute raincloud Pictures, Images and PhotosPERINGATAN ; HARI YANG PASTI TERJADI

Assalamualaikum :)



Entry kali nih panjang gila sebab maen copy paste jea.Umi hantar kat email.Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga semua.TAK SALAH KAN BACA WALAUPUN PANJANG BEBENAU?




GAMBARAN HARI KIAMAT

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



RUJUKAN: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 





Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.




Jadi,mahu terus leka?Atau bersama DIA?
KITA SEMUA BIJAK.TAK SUSAH PUN MEMILIH.






notahati ;YA ALLAH,aku mahu sentiasa bersama-Mu.Tetapkanlah imanku.





Sunday, April 3, 2011

cute raincloud Pictures, Images and PhotosORANG LAIN BUAT,AKU PUN NAK JUGAK!!

Assalamualaikum :)


Malam ni malam last tido atas katil empuk kepunyaan sendirik sambil memeluk bantal golek kesayangan.Malam esok dah kena tido atas toto jea,memang tersangat tak empuk lah kan.HAHA.Takpe,sabar.Bila si kakak selamat bersalin,kita pulang ke rumahku syurgaku lagi yea.Maybe tengah bulan nih kot.heee pastu bulan 5 pulang lagi kot.heee pastu bulan 6 pulang lagi kot.heeee apahal aku rasa macam tiap-tiap bulan aku kena pulang nih?HAHA.


Eh eh,awak perasan tak ape yang kite perasan?Perasan ke tak perasan eh?heee blog dah bertukar wajah.Dah tak macam dulu kan.Yealah,kan dah cakap dah tukar.Mestilah tak macam dulu.HAHA Tak pasal-pasal T_____T Sekarang header pun bukan maen lagi duk letak gambar sendirik.Buat malu jea ah tapi aku suka.Dah aku tengok blog orang laen suma header nak letak gambar sendirik,aku pun nak jugak.Biar ah gambar diri sendirik tak lawa pun. T______T. Tapi overall aku puas hati dengan wajah baru blog ini.And and and you know what?Thanks to FYKA sebab sudi godek-godek blogku ini.Mekaseh sangat sangat la yea.Nak aku godek sendirik,memang tak dapat la.Merosakkan lagi ade T_____T. Kalau korang nak Fyka buatkan pun boleh.Terjah jea blog dia yea :)



Kata-kata perangsang jiwa untuk malam ini ialah;





notahati;Knowing that you're fine makes me feel better :)