Saat kita jatuh, hati menghempap ke bumi
jiwa merintih sunyi,
Saat itulah datangnya cahaya.
yang mungkin membawa kita keluar dari gelap,
yang mungkin membawa kita menuju ke pelangi.
Cahaya itu memegang erat.
Cahaya itu memegang rapi.
Kita tiba2 bahagia.
Kita tiba2 gembira.
Hati tidak lagi jatuh.
Jiwa tidak lagi merintih.
Tapi ianya mungkin sekejap sahaja.
Mungkin ianya cuma seketika.
Cahaya kini berlalu pergi.
dan pergi.
Mungkin ianya tidak sanggup lagi,
memegang erat,
memegang rapi.
Dan hati?
sekali lagi menghempap ke bumi.
dan mungkin,
hati ini takkan berupaya untuk bangun lagi...
No comments:
Post a Comment